Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all 8992 articles
Browse latest View live

Pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac

$
0
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas.

Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor.

Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor.

BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA.

Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau.

~ Malaysiakini

Kesavan buat laporan polis berhubung surat peletakan jawatan palsu

$
0
0

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, S Kesavan membuat laporan polis hari ini berhubung satu surat peletakan jawatan yang mendakwanya meletak jawatan dan meninggalkan PKR, di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Terdahulu, Kesavan bersama Naib Presiden PKR, N Surendran, Adun Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing berjumpa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S K Devamany berhubung isu itu.


Chang berkata Speaker memaklumkan surat peletakan jawatan itu palsu dan pihaknya akan membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Semalam, spekulasi mendakwa Kesavan meletakkan jawatan berdasarkan surat yang diedarkan kepada media.

Dalam surat itu, Kesavan menyatakan beliau keluar dari PKR serta merta kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.

Kesavan yang bimbang tentang surat itu menyifatkan surat peletakan jawatan itu sebagai sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Biar saya jelaskan bahawa saya masih setia kepada PKR dan Pakatan. Devamany berkata surat itu dihantar kepada pejabat Speaker, tetapi bukan daripada Kesavan.

"Pendirian kami selagi dia sendiri tidak menyerahkannya, kami tidak akan bertindak," katanya.

Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Kesavan dilihat sebagai mangsa terbaru siri surat palsu dan kenyataan media yang direka bagi mengelirukan orang ramai dan mencemarkan imej parti ~ The Malaysian Insider

Gambar dari Twitter YB Chang Lih Kang

Eh! Camry yang baru berusia tiga tahun dah ditukar Perdana?

$
0
0

Kalau tak silap aku pada bulan Ogos 2010 kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan PAS telah membelanjakan RM1.2 juta bagi pembelian lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner.

Pembelian kenderaan baru itu bagi menggantikan kereta lama, iaitu Proton Perdana V6 Eksekutif yang sudah tidak lagi ekonomik digunakan berikutan kerap rosak dan kos membaikinya agak tinggi.

Malah ada di antara kereta terbabit sudah berusia 10 tahun pada tahun itu dan patut dilupuskan, tetapi ia masih digunakan kerana tiada ganti.

Keputusan membeli kereta import itu berikutan peratusan susut nilai harganya lebih rendah, berbanding model Proton Perdana V6 Eksekutif, selain penyelenggaraannya lebih mudah dan murah.

Itu adalah antara alasan Kerajaan PAS/PR Kedah untuk menggantikan Perdana dengan Camry.


Ianya dijadikan isu oleh kebanyakkan media tunggangan UMNO kerana dua tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2008, Menteri Besar Kedah ketika itu , Allahyarham Datuk Seri Azizan dilaporkan berkata, pihaknya bercadang mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif sebagai kereta rasmi kerajaan negeri.

Tapi setelah UMNO/BN merampas kembali Kedah, Camry yang berusia tidak sampai empat tahun itu telah dijual  pula oleh Kerajaan UMNO/BN.

Alasannya selain lebih murah berbanding kereta jenama lain, kerajaan negeri juga bernasib baik kerana mendapat kereta Proton Perdana berkenaan dalam tempoh singkat.

Apa punya alasan entahlah...

Mungkin kerana kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Mukhriz sudah kaya raya.. jadi bagi mereka kereta yang berusia tak sampai empat tahun itu perlu digantikan kerana dianggap sudah usang..

Laporan berkaitan..

Semua Exco kerajaan negeri Kedah akan menggunakan kereta Proton Perdana 2.4 L sebagai kereta rasmi, menggantikan Toyota Camry yang dibeli semasa pentadbiran PAS.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata 10 buah kereta Proton Perdana itu akan digunakan bermula Mac ini, manakala Toyota Camry yang lama akan dijual kepada bekas Exco terdahulu pada harga berpatutan.

"Kita telah menilai lima jenama kereta untuk menggantikan kereta Toyota Camry ini dan akhirnya kita pilih Proton Perdana sebagai kereta rasmi exco...termurah daripada jenama lain (yang dinilai)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ganjaran kepada atlet Kedah di Alor Setar yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 2013 di Kuala Lumpur.

Mengenai penjualan Toyota Camry kepada bekas Exco (semasa Kedah ditadbir oleh PAS), beliau berkata ia adalah amalan biasa yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya pula masih menggunakan kereta yang telah dibeli semasa zaman pentadbiran Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) iaitu kereta jenis Mercedes Benz S Class kerana kereta ini masih lagi dalam keadaan elok," katanya.

Mukhriz berkata, selain lebih murah berbanding kereta jenama lain, kerajaan negeri juga bernasib baik kerana mendapat kereta Proton Perdana berkenaan dalam tempoh singkat - Bernama

Perkara ini tidak boleh dianggap membazir kerana ianya dilakukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan UMNO/BN.. Ianya hanya dianggap membazir jika dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat..

UMNO Permatang Pauh! Sebelum ke Kajang sila jawab isu ini...

$
0
0

Umpama ayam jantan yang berkokok berderai-derai tapi najis bergelumang diekor.. itulah perumpamaan yang sesuai buat UMNO Permatang Pauh..

Dalam satu sidang media mereka yang diketuai oleh Ketua Bahagian yang baru minggu lalu, mereka mendakwa akan mendedahkan keburukkan Anwar dalam kempen mereka di Kajang.

Kerana gagal membezakan antara tugas Ahli Parlimen dan juga tugas ADUN mereka mendakwa akan mendedahkan kegagalan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Antara yang didakwa mereka ialah pencapaian Anwar amat teruk sekali, Beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu rakyat.

Orang Permatang Pauh di buat seperti anak terbuang , sakit demam , mati , kahwin , susah perit , banjir dan sebarang kecelakaan menimpa beliau tidak kisah langsung,Anwar benar-benar memperlihatkan sikap angkuhnya , bangga diri , sombong dan hipokrit terlampau terhadap orang Permatang Pauh.

Malahan ketika masyarakat Tionghua sibuk dengan persiapan menyambut Tahun Baru Cina , Anwar tidak peduli langsung dengan pengundi cina yang miskin dan tidak mampu membuat apa-apa persiapan.. sepenuhnya sila baca di SINI

Sesuai dengan perumpamaan di atas.. sebelum UMNO Permatang Pauh turun ke Kajang bagi meneruskan kempen memburuk-burukkan Anwar, sekumpulan NGO mahukan UMNO Permatang Pauh, khususnya Ketua Bahagian tidak perlu berlagak suci untuk memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh, melainkan jawab isu pengkhianatan Umno ke atas Melayu Pulau Pinang juga...


NGO NEKAD DEDAH 'DIARI JAMBU' UMNO DI PRK KAJANG

6 FEBRUARI 2014 | Pasar Awam Permatang Pauh

9.362 ekar tanah milik 31 Melayu dekat Kampung Terang, Balik Pulau telah dibeli oleh Syarikat Maison Height Sdn. Bhd..

Pemilik asal hanya diberi bayaran 10 peratus sahaja pada 4 Oktober 2010, tetapi, Maison Height didaftar sebagai pemilik tanah yang baru pada 31 Januari 2012 kononnya selepas pembayaran penuh RM8.5 juta dibuat kepada mereka yang berwajib.

Maison Height pada 16 Mei 2012 menjual pula tanah itu kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan nilai RM13.5 juta.

Ertinya, tak sampai empat bulan sudah untung atas angin kira-kira RM5 juta dengan tipu 31 Melayu di negeri ini.

Ini antara inti 'Diari Jambu' yang akan kami, beberapa NGO dedah di PRK Kajang nanti.

Sebagai pemulaan, kita akan turut mulakan dengan satu himpunan solidariti di Queensbay Mall pada Sabtu ini jam 4.00 petang untuk edar 'Diari Jambu' ini.

Umno Permatang Pauh, khususnya Ketua Bahagian tidak perlu berlagak suci untuk memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh, melainkan jawab isu pengkhianatan Umno ke atas Melayu Pulau Pinang juga.

Lawan!

Yang berani,

SAMM
JINGGA 13
LANG-GAR 901!
HAPUS BARA (Bantah Anugerah Kerakyatan Asing)
RAGAS (Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa)
PAHLAWAN SKUAD

Harga Getah Turun Lagi... Terima kasihlah Najib..

$
0
0

Pertengahan bulan Januari lalu harga getah dilaporkan berada pada RM2.90 bagi setiap Kilogram dan ianya menyebabkan kehidupan rakyat marhaen yang menoreh getah sebagai sumber pendapatan terhimpit.

Ditambah pula dengan kenaikkan harga kebanyakkan barangan asas yang disumbang oleh kenaikkan tariff elektrik dan juga kenaikkan harga petrol rentetan dari kegagalan Kerajaan BN mengurus tadbir ekonomi negara dengan baik.

Hari ini dilaporkan pula harga getah semakin menjunam dari RM2.90 sekilo pada hujung Januari ianya telah merudum sehingga RM2.50.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, bersamalah kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib... sebabnya bukan saja harga kangkung malah harga getah juga semakin turun...

Laporan berkaitan...

BALING - Rata-rata penoreh getah makin terhimpit berikutan harga getah semakin merudum sehingga RM2.50 berbanding RM2.80 sebelum ini. 
Pengerusi Biro Pertanian Umno Baling, Mohd Taufik Yaakub berkata, pihaknya menerima banyak keluhan dari penoreh getah mengenai keadaan itu. 
Menurutnya, lebih daripada 50 peratus penduduk di daerah ini menjalankan aktiviti pertanian dan kebanyakannya adalah melibatkan pertanian getah. 
“Kita hanya mampu berharap harga getah naik kerana tiada harga siling yang ditetapkan untuk tanaman ini. 
“Tambahan pula, harga kini semakin merudum sehingga paras RM2.50 sekilogram berbanding RM2.80 sebelum ini. 
“Harga ini amat rendah terutama kepada mereka perlu membahagikan wang hasil getah kepada tuan tanah,” katanya. 
Katanya, selain getah, barang pertanian melibatkan baja juga telah naik mendadak sehingga ada kenaikan 100 peratus. 
“Secara tidak langsung ia akan menjejaskan pengeluaran produk pertanian kerana melibatkan modal yang tinggi dari petani,” katanya. 
Ditanya apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini, Taufik berkata, pihaknya hanya boleh mencadangkan mekanisme kepada menteri berkaitan untuk tindakan lanjut. 
“Kita tidak ada kuasa untuk membantu dari segi meningkatkan harga getah, tetapi kita akan memberikan cadangan kepada menteri berkaitan untuk membantu rakyat yang mengusahakan pertanian,” katanya. 
Menurutnya, dia perlu menjelaskan perkara sebenar terutama melibatkan keluhan penduduk melibatkan harga getah ini. 
“Sehubungan itu, satu mekanisme wajar dilakukan oleh kerajaan untuk kebaikan penduduk kampung,” katanya ~ Sinar Harian

Bukan apa... kalau tak ucap terima kasih nanti Najib ungkit pula kenapa rakyat tak berterima kasih macam kat SINI

NGO tawar RM500 kepada sesiapa yang berjaya melempang muka Teresa Kok.. (Video Inside)

$
0
0

Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini melaungkan amaran keras kepada pemimpin-pemimpin politik kaum cina agar berhenti daripada mempersendakan bangsa melayu dan agama Islam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Zulkifly Sharif berkata, tindakan mereka sejak akhir-akhir ini dilihat sengaja mencetuskan kebencian terhadap kepimpinan yang diterajui oleh bangsa melayu di negara ini.


"Selepas PRU-13, orang-orang melayu dan agam Islam tidak henti-henti dipersendakan di negara ini dengan pelabai provokasi yang ditunjukkan oleh segelintir ahli-ahli politik serta pemimpin kaum cina. 

"Kami orang-orang melayu telah lama memerhati dan masih bersabar, tetapi kesabaran kami tetap ada hadnya dan telah hampir sampai ke kemuncaknya.

"Ini semua merupakan propaganda bagi mencetuskan kebencian rakyat dan penghinaan kepada kepimpinan melayu," katanya kepada pemberita semasa demonstrasi aman di hadapan Menara Maybank di sini hari ini.


Zulkifly menjelaskan, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan tidak terlalu tunduk kepada permainan politik daripada pihak pembangkang.

Katanya, kaum melayu di negara ini juga telah lama memendam perasaan sabar di atas penghinaan ini tindakan provokasi melampau dari pemimpin kaum cina ini dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan kaum.


"Kepada kepimpinan negara, ambillah tindakan yang tegas kerana kami takut jika tiada apa-apa tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang suka mencetuskan provokasi kaum terutama ahli politik, kami bimbang peristiwa 13 Mer 1969 boleh berulang ~ RakyatNews

   

 Kalaulah yang buat buat demo ni NGO Pro Pakatan Rakyat rasanya tak sempat nak balik rumah dah kena angkut..

Isu PKNS pecat pekerja: Ini penjelasan dari PKNS.. bacalah!

$
0
0

Penamatan kontrak 30 Kakitangan PKNS baru-baru ini telah digunakan sebaiknya oleh media-media tunggangan UMNO untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Rakyat Selangor. 

Ianya telah dipolitikkan mereka dengan bergai cara yang mana akhirnya menyerlahkan buruknya cara TS Khalid mentadbir Selangor. 

Benarkah apa yang dilaporkan oleh kebanyakkan media tunggang UMNO itu?

Berikut adalah Kenyataan Media dari Pengurus Perhubungan Awam PKNS sendiri mengenai perkara ini..

Kenyataan Media 
PENYUSUNAN SEMULA ORGANISASI SUMBER MANUSIA PKNS UTAMAKAN PERKHIDMATAN CEKAP DAN "VALUE FOR MONEY" 
5 FEB 2014

 
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulangkan semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu. 
Keputusan tersebut dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan "value for money". 
Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa Bahagian baharu di PKNS antaranya Pemasaran, Pembangunan Bisnes, Strategi & Media, Pelaburan; dan Pengurusan Organisasi & Integriti. 
Walaubagaimanapun, setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap di PKNS. 
Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing. 
ISHAK HASHIM
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
BAGI PIHAK PENGURUSAN PKNS 

 ------------------------ 


Apa yang kebanyakkan media tidak laporkan menurut Koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa mengenai isi ini ialah..

1. Mereka adalah pekerja kontrak. Tamat september 2014. Mereka bukan pekerja tetap pkns. Gaji mereka tiga kali ganda dari gaji staf biasa pkns. Untuk yang dua tahun bekerja, gaji mereka mencecah RM15, 000 sebulan.

2. Kontrak mereka ditamatkan awal dan mereka diberi compensation sebulan/dua bulan gaji mengikut perjanjian masing2.

3. Ia proses biasa dan tiada unsur2 salah laku. Mereka boleh ambil tindakan undang2 jika tidak berpuashati dengan prosidur berkenaan.

Sementara itu Free Malaysia Today melaporkan..

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui tindakan menamatkan khidmat 22 pekerja kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menjimatkan kos perbelanjaan negeri.

Abdul Khalid berkata, dengan penamatan jumlah pekerja tersebut, PKNS dapat menjimatkan kos operasi sebanyak RM7juta setahun.

“Ini menunjukkan PKNS selama ini berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK di sini hari ini.

Khalid turut mendedahkan, wujud aduan daripada ‘whistle blower’ yang sangsi dengan sesetengah pegawai kontrak yang diambil bekerja bukan melalui temuduga terbuka.

Sebaliknya melalui sokongan tertentu daripada Ahli Lembaga Pengarah PKNS, sekaligus menyekat peluang kira-kira 200 pegawai dan 1,500 kakitangan awam itu sendiri yang mahu naik pangkat.

Malah berlakunya pertindihan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

“Ada dua pegawai yang buat tugasan sama di pejabat.

“Jadi ada staf mengadu ada atau tak ada (pegawai kontrak) sama saja,” katanya.

Semalam, kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang ditamatkan kontrak tidak berpuas hati apabila merasakan mereka dibuang tanpa diberikan alasan kukuh sedangkan tempoh kontrak mereka masih panjang.

Bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Dr Alif Aiman berkata, tindakan itu tidak beretika apabila mereka diberi taklimat berhenti serta-merta pada 4 Februari lalu sedangkan surat penamatan mereka sudah ditandatangani sehari sebelumnya.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan meneliti tindakan yang akan diambil terhadap PKNS selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Penerangan Pekerja, dan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC).

Abdul Khalid bagaimanapun dalam responnya berkata, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

“Penamatan kontrak itu perkara biasa, berlaku dimana-mana bukan saja di PKNS malah di syarikat dan organisasi lain.

“Kalau saya kejam takkanlah ada sesetengah pegawai itu yang dapat ganti rugi melebihi RM60,000.

“Jumlah itu dah dinyatakan dalam perjanjian dan PKNS mesti ikut,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada isu ini berkaitan dengan krisis bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS yangjuga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Khalid bagaimanapun menafikannya.

“Setakat ini tiada kaitan. Kalau ada kaitan dengan Azmin kita akan siasat.

“Kalau tiada kaitan kita akan siasat juga,” katanya.

Beliau turut menepis dakwaan ia cubaan untuk mensabotaj Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan mencalarkan imej pentadbiran negeri Pakatan Rakyat.

“Sabotaj? Itu karut. Saya ni Pengarah PRK Kajang, kalau saya nak sabotaj maknanya saya sabotaj diri sendiri,” katanya tergelak.

Apa dah jadi dengan Kerajaan PAS Kelantan ni?

$
0
0

Ketika hubungan PAS dan PKR bergoncang di peringkat nasional, kerajaan negeri Kelantan juga bergoncang hari ini apabila dua kumpulan daripada PKR dan PAS sendiri menyerang kepimpinannya.

Serangan dalaman PAS adalah daripada penyokong Che Ibrahim Mohamed, bekas kadi yang juga Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dipecat manakala satu lagi pihak adalah adalah penyokong Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Ramlan Mat dari PKR yang juga dipecat daripada jawatannya.‎

Kumpulan penyokong Che Ibrahim membuat demonstrasi hari ini di depan kolej dekat Nilam Puri bersebelahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah itu.

Che Ibrahim adalah penyokong utama Datuk Husam Musa yang keempat dipecat oleh pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang baru.

Sebelum ini, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali), Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) serta beberapa lagi kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya dipecat.

Che Ibrahim hari ini menyerahkan kembali cek daripada KIAS yang diberikan sebagai pampasan sebagai tanda protes.

Penyokong Che Ibrahim menamakan secara langsung Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohamad Amar sebagai pihak yang tidak disenangi mereka dalam krisis ini.

Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau akan memfailkan kes ini kepada Mahkamah Perusahaan jika ia tidak diselesaikan dengan baik.

"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri," katanya.

Semalam, dalam kenyataannya kepada media, Nik Amar menafikan beliau adalah dalang di sebalik pemecatan Che Ibrahim kerana beliau hanya melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah KIAS.

Beliau adalah Pengerusi Lembaga KIAS yang menandatangani surat pemecatan Che Ibrahim mulai 1 Februari 2014 lalu.

KIAS adalah kolej yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

Sebuah lagi kumpulan adalah 50 orang penyokong PKR dari Jeli yang menyerbu rumah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub di Tumpat malam kelmarin setelah pemecatan Ramlan Mat.

Bekas calon Kuala Balah dalam pilihan raya lalu itu dilantik menjadi penyelia DUN kira-kira tujuh bulan lalu tetapi secara tiba-tiba pelantikannya ditarik balik sebelum cukup tempoh setahun.

Penyelia DUN adalah pegawai kerajaan negeri yang dilantik untuk menguruskan kawasan DUN yang dimenangi oleh pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Ia setaraf dengan wakil rakyat untuk kawasan berkenaan.

Pemecatan Ramlan menjadi sensitif kepada hubungan PAS dan PKR kerana sesetengah pemimpin PAS di Kelantan menganggap kehadiran PKR tidak penting di Kelantan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, kesemua calon Pakatan Rakyat (PR) daripada PKR kalah di Kelantan.

Namun menurut pemerhati politik Kelantan, penyokong PKR memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan calon PAS terutama di kerusi-kerusi marginal.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Husam tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi menjadi menteri besar.

Sejak itu, satu persatu penyokong beliau diberhentikan selain beliau sendiri.

Anak-anak syarikat yang selama ini ditubuh dan diketuai beliau juga diambil pihak lain.

Berikutan itu, tawaran kerajaan negeri kepada beliau untuk mengetuai dua anak syarikat ditolak oleh Husam sendiri.

Tidak seperti yang lain, Che Ibrahim tidak mendiamkan diri selepas beliau dipecat.

Beliau menulis dalam akaun Facebook di samping membuat protes bersama penyokongnnya hari ini secara terbuka.

~ The Malaysian Insider

Tindakan NGO Islam, memalukan Islam, Melayu dan Malaysia Zairil kata..

$
0
0

Pemimpin Melayu DAP Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam.

Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.

"Ini memang kerja gilalah.

"Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil apabila dihubungi selepas insiden tersebut.

Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (PKR).

Zairil bagaimanapun berkata, menghormati hak untuk berhimpun oleh mana-mana kumpulan tapi ia mestilah tidak melampaui batas.

"Saya tidak faham, mereka nak berdemo itu hak mereka, nak berdemo selagi aman itu tidak bermasalah.

"Cuma demo yang macam ini berbentuk provokatif. Saya lihat satu tindakan yang provokatif... saya juga tidak faham kenapa nak sembelih ayam," katanya.

Zairil juga mengecam tindakan menyembelih ayam sewenang-wenangnya tersebut sebagai bertentangan dengan Zairil menganggap bantahan yang dilakukan sebagai kerja gila.

"Mereka kata NGO Islam tapi ini bukan perbuatan yang selari dengan ajaran agama. Ini tindakan membunuh haiwan sewenang-wenangnya.

"Lepas itu, mereka letak darah lah seolah-olah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ajaran sesat nampaknya," tegasnya lagi.

Zairil juga melahirkan kebimbangan selepas kumpulan NGO tersebut dilihat cuba mengambil tindakan ganas apabila membuat ancaman secara fizikal kepada Kok.

"Paling saya khuatir adanya ugutan terhadap YB Teresa Kok dimana mereka tawarkan RM500 sebagai ganjaran kalau sesiapa menampar...

"Ini satu ancaman untuk mencederakan beliau. Saya harap pihak polis akan ambil tindakan," katanya.

Beliau juga berkata, pihak bertanggungjawab terhadap bantahan itu sebagai gila kerana tidak berfikir dengan rasional dengan mengadakan himpunan sedemikian.

"Nak kata ugutan ganas ke apa pun saya tidak tahu. Ini memang kerja orang gilalah.

"Dulu, tunjuk punggung tapi sekarang ini sudah naik ke tahap tidak rasional dan macam dah nak jadi ganas. Masa di Pulau Pinang tempoh hari pun dah jadi. Sekarang ini nak macam dah amuk. Ini satu perbuatan amuk," katanya.

Perhimpunan tersebut yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.

Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."

Kok mula dikritik dan dikecam berikutan memuat naik sebuah video sambutan Tahun Baru Cina berdurasi 12 minit yang dikatakan menghina orang Melayu.

Bagaimanapun, Kok berkata, video tersebut bukannya untuk menghina masyarat Melayu dan hanya satira politik bagi menyindir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang peningkatan sara hidup.

~ The Malaysian Insider

Apa kaitan Rafizi dengan isutempatan hingga beliau diserang di Pulau Pinang?

$
0
0

Ceramah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli di Bukit Gedung P.Pinang semalam dicemari insiden kekecohan apabila sekumpulan 40 orang daripada beberapa NGO telah menyerbu ceramah berkenaan dan mengepung Rafizi.

Rafizi yang pada mulanya bersemangat berceramah mengenai keburukan GST serta berkempen untuk Anwar bertanding di Kajang, mula panik apabila diasak dengan kehadiran kumpulan terbabit.


Pengunjung ceramah Rafizi yang berjumlah hampir 200 orang disitu juga terpinga-pinga apabila Rafizi kelihatan gementar untuk menjawab tuduhan daripada wakil NGO terbabit yang menyebut Anwar gila kuasa serta tak memikirkan kepentingan rakyat.


Wakil NGO itu juga mendesak Rafizi serta Anwar menyelesaikan pelbagai isu rakyat khususnya bangsa melayu di P.Pinang terlebih dahulu sebelum berangan-angan untuk menawan Putrajaya melalui kerusi Menteri Besar Selangor.

Sepucuk surat telah diserahkan oleh wakil NGO terbabit kepada Rafizi berkenaan sebuah rumah warga emas yang bakal dirobohkan oleh kerajaan DAP P.Pinang bagi memberi laluan kepada pembinaan perumahan mewah di Jalan Waterfalls.

Agak mengecewakan apabila Rafizi Ramli selaku orang kanan Anwar, secara keterlaluan menghalau NGO terbabit selepas penyerahan surat berkenaan tanpa mahu mengadakan sebarang perbincangan.

Itu apa yang dilaporkan oleh sebuah portal berita Pro UMNO.. UtaraNews

Berikut pula kenyataan media dari SAMM Pulau Pinang mengenai insiden ini yang mempersoalkan apa kaitannya Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan dengan isu tempatan di Pulau Pinang?

SAMM Pulau Pinang menyelar tindakkan kurang cerdik individu (pro umno) membuat provokasi kecoh dengan memaki hamun di Program Ceramah bersama YB Rafizi, YB Sim Tze Tzin YB Tkm1 Haji Rashid Hasnon dan Pemimpin Pakatan Rakyat Setempat di Bukit Gedung Pulau Pinang.

Dalam kekecohan semalam terdapat tindakan kurang cerdik dari puak-puak terdesak untuk mencipta isu.

Dalam kancah politik Malaysia belum pernah kita lihat tindakan ganas dan kurang cerdik seperti ini dari Rakyat Pro Pakatan Rakyat.
Antara persoalan yang bermain dalam fikiran setiap Rakyat yang hadir di program berkenaan.

1. Siapa sebenarnya yang serang siapa dulu dengan membuat provokasi dan di program siapa?

2. Apa kaitan dengan penyerahan notis roboh rumah di Waterfall Pulau Pinang kepada YB Rafizi Ahli Parlimen Pandan?

3. SAMM Pulau Pinang mengutuk keras tindakkan melulu beberapa individu yang membuat kecoh di tempat ceramah semalam tidak profesional dengan menjerit-menjerit memaki hamun Penceramah yang hadir semalam.

4. Selepas selesai insiden di ceramah bukit gedong kelihatan individu yang menganggu dan yang ingin serahkan notis tersebut bersama TKM1 berbincang tentang pekara tersebut di Nasi Kandar, ada cara mudah utk berjumpa tapi kenapa pada awalnya perlu membuat kecoh di tempat ceramah?

Sebenarnya mereka terdesak untuk mencari isu untuk menyerang Pakatan Rakyat.. Mereka menggunakan media massa pro kerajaan yang hadir semalam untuk memanipulasi isu dan bertujuan menyerang Pakatan Rakyat..

Tetapi mereka tersilap langkah, kerana kami tidak berminat melayan provokasi yang cuba di timbulkan.. Kerana kita dari Pakatan Rakyat tidak mudah termakan provokasi..

Turut hadir semalam lebih kurang 6 orang Pengawai Keselamatan (SB) tetapi mereka berjaya mengawal keadaan..

Penyokong Pakatan Rakyat juga berjaya menenangkan keadaan untuk mengelakan daripada berlaku insiden yang lebih buruk..

Solidariti Anak Muda Malaysia (Pulau Pinang)

Nak serbu macam mana sekalipun carilah isu yang relevan... ini tidak main serbu saja, mana tak si Rafizi tak terpinga-pinga.. dia tak tahu dan tak faham sebab apa memo tu dihantar kepada dia..

Ketua PKR Cabang Baling letak jawatan dan keluar parti..

$
0
0

Ketua PKR Cabang Baling, Telah mengumumkan keluar parti padang Sidang media yang di lakukan di kediamanya Taman Sri Puteri, Kuala Ketil Baling Kedah.

Pada 09/2/2014 LIM CHONG ANN berbuat demikian kerana setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba menghidupkan parti.

Pimpinan Pusat hanya mengutamakan KRONI dan sangat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit semasa PRU 13, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan malahan tiada peruntukan yang diberikan oleh PKR Pusat.

Lim Chong Ann juga turut mendedahkan bahawa PKR mengamalkan kroni dalam Pembahagian anugerahan pingat kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pemimpin tertinggi dan kroni-kroni yang tidak membantu kepada parti mahupun rakyat.

Pada Sidang akhbar tersebut Lim Chong Ann hanya keseorangan tanpa ditemani oleh mana ahli parti Cabang Baling.

Beliau memaklumkan telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling dan keluar dari Parti berkuatkuasa pada 3/2/2014 dan turut menghantar pimpinan PKR Negeri Kedah pada 5/2/2014.. Lapor sebuah Blog Pro UMNO dari Baling .. Kamera Kupang

Setakat ini tiada penafian dari pihak PKR Baling, walaubagaimanapun alasan-alasan yang dikemukakan bukanlah satu alasan yang direka-reka.. ianya adalah benar..

Memang benar pihak pimpinan Pusat tidak mempedulikan Cabang-Cabang.. memang benar hanya kroni diutamakan.

Dan memang benar pembahagian anugerah pingat kebesaran juga dibuat berdasarkan kroni atau lebih tepat lagi siapa pandai bodek dia dapat..

Kalau bukan kerana kroni, ianya dilantik demi kepentingan peribadi.. bak orang kata tanam budi..

Atau.. kalau tak pandai bodek konsep yang Najib praktikkan dalam PRN Sarawak suatu masa dulu iaitu 'You help me, I help you' digunakan..

Contohnya macam ni.. Aku bagi kat hang pingat Datuk.. Hang lantik aku jadi Ahli Lembaga Pengarah restoran nasi kandar hang..

Siapa terasa nasiblaa...

Taib Mahmud akui UMNO memang parti racist..

$
0
0

Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.

Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.

Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik.

Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN.

Pelbagai tuduhan berlegar di media sosial dengan warga siber menuduh Putrajaya menghakis banyak hak Sarawak dan Sabah dalam perjanjian 18 perkara yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nisson, berkata Umno hanya "memahami isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam" manakala di Sarawak, parti seperti PBB perlu memenuhi kepentingan pelbagai kumpulan etnik dan kepercayaan agama dan mazhab.

"Kita perlu menangani berbilang kaum, agama dengan berhati-hati untuk mengekalkan keharmonian sosial.

"Di Sarawak, garis pemisahnya sangat nipis. Justeru, kami perlu bersikap lebih prihatin terhadap sensitiviti rakyat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Terdapat lebih 40 kumpulan etnik di Sarawak.

"Oleh itu tiada siapa lagi yang memahami situasi ini lebih baik melainkan rakyat Sarawak sendiri," katanya menjelaskan parti tunjang BN di Semenanjung Malaysia itu sejak kebelakangan ini dilihat gagal menguruskan keperluan masyarakat pelbagai kaum.

Pihak pembangkang, khususnya DAP juga tidak bersetuju cadangan kemasukan Umno ke Sarawak.

Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen, menimbulkan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu apabila beliau menuduh Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai pro-Umno dan akan membawa parti Melayu itu ke Sarawak jika beliau menjadi ketua menteri .

Abang Johari, timbalan presiden II dalam PBB, merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dikatakan bakal dipilih Taib sebagai ketua menteri bagi menggantikan beliau.

Apabila Abang Johari menuntut Chong, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa dan ahli Parlimen Bandar Kuching menarik balik tuduhan itu, Chong berkata, beliau hanya akan melakukannya jika DUN membawa usul untuk mengharamkan kemasukan Umno ke Sarawak.

Keengganan Chong mengalah menyebabkan Menteri Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem – seorang lagi yang dikatakan bakal dipilih menjadi ketua menteri – bertindak menggantung Chong.

Chong masih digantung daripada sebarang persidangan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar baru-baru ini berkata, keputusan untuk membatalkan penggantungan Chong hanya akan dibuat apabila dewan bersidang pada Mei nanti.

Chong bakal terlepas beberapa sesi pertama memandangkan Asfia berkata beliau tidak akan membuat keputusan di luar Dewan.

Rundi berkata, tindakan Sarawak berpegang teguh dan menghormati perjanjian itu tidak membuatkan mana-mana rakyat Sarawak kurang kesetiaan kepada kerajaan persekutuan.

"Kami 100% setia kepada Malaysia. Kami akan bersama-sama Malaysia di saat susah dan senang.

"Tetapi hak Sarawak perlu dilindungi," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah Umno tidak berminat melakukannya.

Waytha Moorthy letak jawatan tapi tak serah surat letak jawatan.. Sandiwara apa ni?

$
0
0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak tahu mengenai peletakan jawatan P Waytha Moorthy seperti dilaporkan media hujung minggu lalu.

Shahidan berkata, beliau tidak menerima sebarang surat rasmi peletakan jawatan timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi Hindraf itu.

"Saya tidak tahu, saya belum terima apa-apa lagi.

"Nak komen macam mana kalau saya tidak tahu," katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada peletakan jawatan Waytha.

Sabtu lalu, Setiausaha Hindraf, P Ramesh dilaporkan The Star berkata, Waytha akan meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Shahidan ketika dihubungi memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tidak dapat memberi komen lebih lanjut mengenai isu peletakan jawatan tersebut.

"Saya ada perjumpaan dengan perdana menteri hari ini, tunggu sahajalah," katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang juga mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang notis rasmi mengenai peletakan jawatan pemimpin Hindraf tersebut.

"Ini bukan satu perkara besar kepada saya. Saya tidak terima sebarang surat ataupun panggilan telefon," kata Abu Zahar ketika ditemui di Parlimen.

Waytha Moorthy dilantik sebagai senator dan timbalan menteri oleh Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lalu.

Pelantikan beliau dilihat sebagai ganjaran kerana kejayaan mengembalikan semula sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, Waytha Moorthy sejak pada awal lagi dilihat sukar untuk bekerja dengan pemimpin BN khususnya Umno, perbezaan pendiriannya dengan pemimpin dalam pentadbiran Najib menjadi batu penghalang usahanya untuk bekerjasama.

Sejak awal lagi bibit ketegangan kelihatan, Waytha Moorthy menerima tamparan pertama apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memintanya supaya meletakkan jawatan kerana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa polis.

Kurang tiga minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Waytha menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan BN.

Waythamoorthy serah surat letak jawatan petang tadi..

$
0
0

Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini. Setiausaha PHM P Ramesh berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 5.05 petang.

“Dalam surat peletakan jawatan itu, dijelaskan sebab-sebab kenapa beliau mahu melepaskan jawatannya dalam pentadbiran sekarang,” kata Ramesh.

Kenyataan ringkas dua perenggan sebentar tadi itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada jawatan senator yang disandang Waythamoorthy turut dilepaskan.

Sebelum ini, Sin Chew Daily yang turut memetik Ramsesh melaporkan, Waythamoorthy juga menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai senator kepada Dewan Negara hari ini.

Dua hari lepas, PHM mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan Waythamoorthy akan meletakkan jawatan kerajaan berkuat kuasa hari ini ~ Malaysiakini

Risalah ini bukan edaran DAP.. Macai mana punya kerja entahlah..

$
0
0

Petang tadi aku terbaca tentang risalah menghasut orang ramai supaya tidak hadir ke rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina dalm sebuah Blog Pro UMNO.

Kononnya ianya diedar DAP di Taiping bagi menghasut orang ramai supaya tidak hadir ke Majlis Sabutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan yang diadakan di bandar tersebut pada 8 Februari lalu.

Ianya didakwa DAP punya angkara kerana dalam risalah tersebut terdapat logo DAP..


Apa yang telah diterjemahkan oleh Cucu Tok Wan dalam Blog The Flying Kick itu berbunyi seperti di bawah..

Barisan Nasional/UMNO tidak tahu menjaga hak kebebasan beragama,
Masalah bahasa dan Sekolah Rendah Cina masih tidak diselesaikan sampai hari ini.
Sudah tiba masanya untuk menolak sebuah kerajaan yang tidak mengotai janji.
Kita mesti terus berusaha untuk berjuang ke depan.
Ekonomi milik kita, tahun baharu akan bermula,
Biarlah kita menyiapkan diri untuk sedia belayar menuju ke depan,
Bersama-sama berjuang untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang boleh menjamin masa depan yang cemerlang!
Orang Melayu dalam Pakatan Rakyat senang dibeli.
Untuk menang, kami tidak akan mengalah.
Masa depan yang cerah menunggu kita untuk diperjuangkan.
Kepada semua diucapkan semoga berjaya, impian menjadi kenyataan, semua tugasan akan berjaya!

Gong Xi Fa Cai!

Seperti biasa sambutan Tahun Baru peringkat kebangsaan  ini agak hambar sambutannya .sasaran kehadiran 30 ribu tidak tercapai.

Bukan sahaja orang Cina kurang hadir ,orang Melayu tempatan pun tidak hadir.

Budak-budak muda lebih suka tengok bola Perak lawan Kelantan pada tarikh itu di Stadium Perak.

Persoalannya disini ialah benarkah DAP yang mengedarkan risalah tersebut?

Ini jawapan dari Nga Kor Ming... "This card not produced by dap.Police report lodged in Ipoh."


Macai mana punya kerja ni?.. tak ada kerja sungguh!!

Penolong Jurulatih Dan Pemain T-Team Bersumpah Depan Al-Quran Di Hadapan Mat Said...

$
0
0

Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam ini bersumpah dengan Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas.

Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.

Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah Al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas.

Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Bagaimanapun kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu.

Ahmad dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu agar tidak berbohong.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Menteri Besar mencabar Irfan tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar.

"Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya.

Ahmad nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur.

Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi. Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan.

Beliau telah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang merupakan rakan serumahnya dan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Feb -- BERNAMA

Sebelum ini myMetro telah melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemain dan pengurusan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang beragama Islam bersumpah dengan al-Quran bagi mendedahkan kebenaran di sebalik insiden di terowong menuju bilik persalinan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru dalam perlawanan pusingan Piala FA menentang T-Team, Sabtu lalu.

Katanya, beliau juga akan memanggil semua pemain T-Team termasuk Muhammad Irfan Abdul Ghani serta pihak pengurusan pasukan berstatus kelab itu untuk melakukan sumpah al-Quran di depannya sendiri dalam masa terdekat.

“Sebagai orang Islam saya ingin lihat perkara ini benar, saya juga minta Johor DT (pemain dan pengurusan) bersumpah al-Quran kerana kita orang Islam. Dengan cara ini kita dapat pastikan siapa yang benar.

“Saya akan turut panggil pasukan T-Team sama ada Isnin atau Selasa ini untuk dapatkan penjelasan sebenar dan akan minta pemain serta pihak pengurusan yang menyaksikan insiden itu agar bersumpah al-Quran di depan saya termasuklah Irfan,” katanya selepas melawat Kampung Pelandan.

Ahmad turut mempersoalkan kejujuran Irfan membuat laporan polis Rabu lalu apabila mendakwa tiada apa-apa berlaku ketika pemain dan pegawai kedua-dua pasukan berada di terowong stadium berkenaan.

“Adakah dia (Irfan) nampak sendiri apa yang berlaku? Saya difahamkan dia pemain simpanan dan sudah tentu kalau ikut proses biasa ketika rehat, dia tak masuk dalam terowong kerana perlu memanaskan badan di padang,” katanya.


... Apa dah jadi?? kerana sebiji bola Al-Quran jadi permainan .. nak bersumpah cari Al-Quran tapi bila memerintah tolak Al-Quran..

Kerana sebiji bola, Al-Quran jadi bahan mainan. Jika bersumpah sudah boleh buktikan kebenaran, eloklah mahkamah seluruh Malaysia ditutup.

Apa Ustaz Azhar Idrus mengenai besumpah depan Al-Quran..


Neelofa pakai tak senonoh, PAS pulak dikecam macai... tapi...

$
0
0

Anugerah Meletop Era (AME) telah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu dengan menyaksikan Zizan Razak berjaya menggondol 4 buah trofi.

Namun, apa yang menarik perhatian sepanjang AME berlangsung adalah penampilan pengacara anugerah itu sendiri iaitu Neelofa yang kelihatan pelik dengan busana yang digayakan.

Ramai peminat yang melihat fesyen itu seakan-akan tidak percaya dan terkedu, malah ada yang tertanya-tanya fesyen jenis apakah yang cuba ditampilkan oleh Neelofa.

Dalam sekelip mata, pakaian yang digayakan oleh Neelofa telah menjadi sebutan ramai dan menerima pelbagai kritikan.

Tidak kurang juga ada peminat yang membandingkan gambar Neelofa dengan watak animasi Cell didalam komik Dragon Ball Power Rangerdi laman sosial Twitter.

Persoalannya di sini, siapakah yang harus dipersalahkan sehingga Neelofa yang cantik manis ini menjadi mangsa fesyen pada malam penuh berprestij itu?

Namun begitu oleh kerana Neelofa berasal dari Kelantan maka seperti biasa macai mempersalahkan PAS Kelantan kerana cara berpakaian yang dianggap tidak senonoh oleh sesetengah pihak itu..

Tulisnya.. "Ni contoh kejayaan PAS dalam mendidik rakyat Kelantan" dan macai itu mengucapkan tahniah kepada PAS.


Hakikatnya tanpa macai tersebut sedari walaupun Neelofa berasal dari Kelantan, beliau bukanlah penyokong PAS tapi dipercayai menyokong UMNO/BN..

Ini terbukti dari beberapa kenyataannya di laman Twitter yang kelihatan menyokong pemimpin UMNO/BN dalam mengutuk Pakatan Rakyat..



Menurut Perlembagaan Sarawak, Taib Mahmud tak layak jadi Yang di-Pertua Negeri

$
0
0

Menurut Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari Menjadi gabenor negeri tidak semestinya menjadikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kebal daripada sebarang pendakwaan.

Walaupun sembilan raja Melayu kebal dari sebarang prosiding undang-undang di mahkamah, mereka boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengulas protes Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak yang membantah Abdul Taib menjadi Yang di-Pertua Negeri maka dengan itu beliau boleh mengelak menjawab dakwaan lalu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

Abdul Taib yang menjadi ketua menteri Sarawak sejak 33 tahun lalu, berdepan dengan dakwaan rasuah dan penyalahguanaan kuasa dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lapor Malaysiakini

Tapi selain dari tidak kebal, Jika Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di Pertua Negeri Sarawak ianya adalah salah dan bertentangan dengan perlembagaan Negeri Sarawak.

Dimana dalam perlembagaan tersebut pada perenggan yang ke enam jelas dinyatakan "Yang di Pertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang membawa keuntungan dan tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial."

Perlembagaan penuh lihat di SINI
Rasanya sudah menjadi rahsia umum tentang berapa banyak perniagaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud ni..

Berapa banyak akupun tak pasti tapi tentu banyak kerana harta Taib Mahmud dianggarkan mencecah USD20 Billion..

Perkara ini telah didedahkan oleh DAP Sarawak..

Tapi kalau puak-puak UMNO/BN ni dalam mengejar kuasa habis semua diredahnya tak kira perlembagaan atau apa...

Berikut adalah kenyataan dari BMF berkaitan isu ini..


Sarawak constitution prohibits Taib Mahmud from becoming Governor 

Sarawak Chief Minister Taib Mahmud cannot become governor of the Malaysian state because of his illegal commercial activities – Bruno Manser Fund calls on the Malaysian King to respect the constitution and to deny Taib the office of Governor of Sarawak – Malaysian judiciary urged to prosecute Taib Mahmud and his closest family members for multiple criminal activities

(KUALA LUMPUR, MALAYSIA) Last weekend, long-term Sarawak Chief Minister Taib Mahmud announced that he intended to resign by the end of this month in order to become Governor of Sarawak, Malaysia’a largest state. However, the Malaysian despot’s succession plans are likely to be marred by the constitution of Sarawak.

Research by the Democratic Action Party of Sarawak has shown that, according to Article 2 (2) of the Sarawak constitution, the State Governor “shall not hold any office of profit and shall not actively engage in any commercial enterprise.” According to Article 6 (5) of the Sarawak constitution, the same applies to the office of Chief Minister: “The Chief Minister shall not hold any office of profit and shall not actively engage in any commercial enterprise.”

“There is ample evidence that Taib Mahmud is engaged in illegal business activities both in Malaysia and overseas”, the Swiss NGO, the Bruno Manser Fund, stated on Monday. “All these commercial activities by a head of government are criminal in nature and will not allow the Malaysian King (Agong) to appoint him as Governor. As party to the UN Convention against Corruption, Malaysia has a strong international obligation to fight corruption by public officials.”


As of today, Taib Mahmud is listed as a director and major shareholder of Mesti Bersatu Sdn Bhd, a Malaysian investment holding with interests in 18 Malaysian companies. Mesti Bersatu has a significant stake in Bakraz Development Sdn Bhd, Bakraz Holdings Sdn Bhd, Bakraz Properties Sdn Bhd, Borsarmulu Park Enterprise Sdn Bhd, Borsarmulu Park Management Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd, CMS Premix (Miri) Sdn Bhd, Delta Padi Sdn Bhd, Kenyalang Cergas Sdn Bhd, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Lanco Corporation Sdn Bhd, Lanco Plantation Sdn Bhd., Majupun Sdn Bhd, Miri Property Holding Sdn Bhd, Noble Strike Sdn Bhd, Pelita Towerview Sdn Bhd, Sanyan Development Sdn Bhd and Sg. Dalam Development Sdn Bhd. Last week, indigenous rights spokesman Nicholas Mujah revealed that Taib-linked company Delta Padi Snd Bhd, had grabbed 28,000 hectares of indigenous land for oil palm plantations.


Via shares held in the name of his deceased wife, Lejla Taib, the Chief Minister is also one of the main shareholders of construction conglomerate Cahya Mata Sarawak, a major player at the Kuala Lumpur stock exchange. The Taib family, whose assets are estimated at $US 20 billion, also holds properties in Australia, Canada, Hong Kong, the United Kingdom and the United States.

The Bruno Manser Fund calls on the Malaysian King to respect the constitution and refrain from appointing Taib Mahmud as Governor due to Taib’s numerous criminal offences. Prior to any decision being taken by the King, the Malaysian Anti Corruption Commission should also disclose the status of its ongoing investigation against the Sarawak Chief Minister.


Bruno Manser Fund
Socinstrasse 37 4051 Basel, Switzerland
Tel. +41 61 261 94 74
www.bmf.ch, www.stop-timber-corruption.org

McDonalds tarik semula iklan berkaitan 'Kangkung'..

$
0
0

McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut:

“Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun”

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.

Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataa itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai.

~ Malaysiakini

Wajah Nurul Izzah menghiasi majalah Nona Mac 2014 ..

$
0
0

Senyuman yang menawan, jika dilihat sekali pandang mesti ramai yang tidak mengenali siapakah wajah yang dipilih oleh NONA sebagai penghias muka depan NONA pada Mac 2014 ini.

Akan tetapi tahukah anda bahawa beliau adalah seorang wanita yang memiliki jiwa yang kental dan cekal, tidak lain dan tidak bukan adalah YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen bagi Lembah Pantai.

Dapat lihat imej dan pembawakan oleh pasukan NONA sendiri untuk YB Nurul Izzah kelihatan berjaya.


Kita jarang dapat melihat YB Nurul Izzah mengenakan solekan yang sedikit berat, tetapi pada kali ini beliau tampil dengan solekan dimana sekaligus menampakkan beliau bertambah sangat cantik dan bergaya.

Tahniah kepada YB Nurul Izzah. Kepada pembaca diluar, jangan lupa dapatkan edisi Mac ini dan kita selami kekuatan jiwa yang dimiliki oleh YB Nurul Izzah.

Ayat puji-pujian kat atas tu aku copy dari Blog Dominasi Lelaki

Yang betulnya aku sendiri tak berapa percaya yang majalah Nona menjadikan wajah anak Ketua Pembangkang ini sebagai 'Cover Women' majalah mereka..

Ya lah.. anak musuh utama UMNO/BN tu..

Tapi bila lihat di Facebook rasmi Nona di SINI , Admin majalah tersebut mengesahkan wanita yang terpampang di muka depan majalah itu adalah Nurul Izzah..


Tak takut kena gantung permit agaknya majalah ni..

Tapi kalau tak mahu kena ban atau digantung permit, bulan April punya letaklah gambar Rosmah Mansor pulak... he..he..

Viewing all 8992 articles
Browse latest View live